Senyum =)

‘Mulakan harimu dengan senyuman. Pasti seluruh harimu akan ceria’.


Smiley Face

Demikianlah kata-kata seorang pakar motivasi yang pernah aku dengar. Apabila dipraktikan dalam reality, ada sedikit rasa perubahan dalam diri untuk kelihatan ceria, rasa ceria dan menjadi ceria (tak tau la kalau syok sendiri pulak).

Andaikata hari tu, pagi-pagi dah rasa bad mood, maka aku nasihatkan cepat-cepatlah senyum. Senyum kepada rakan, kepada mak, ayah kalau kat rumah, kepada jiran, kepada isteri (kalau ada la) dan yang paling penting jangan senyum sorang-sorang. (nanti lain pulak jadinya kalau orang nampak hehe).

senyumlah

Tapi aku kadang-kadang lepas bangun tidur, kalau tak lupa, aku akan senyum (bukannya memasamkan muka sebab tak cukup tidur hehe). Sebab apa senyum ni saudara?

ko sorang je masam muka hehe

Bila kita senyum, bagi aku, ia memberi satu semangat kepada kita. Semangat bahawa aku hari ini mahu sesuatu yang lebih baik daripada semalam. Untuk menjadikan sesuatu kerja yang kita lakukan itu berkualiti dan lebih baik, maka kita perlu seronok untuk melakukannya. Apa jadi kalau kita bosan dengan kerja tu, maka sudah pasti hasilnya ala kadar sahaja sebab tiada kesungguhan.

Jadi pencetus kepada keseronokan itu antaranya dengan seukir senyuman. Dengan senyuman, kita akan lebih ceria dan orang yang kita senyum kat dia pun turut akan ceria. Sebab itu dalam Islam, antara cara untuk bersedekah (selain daripada menghulurkan bantuan atau menghilangkan benda menghalang laluan) adalah juga melalui senyuman. Orang miskin yang terlantar akan ceria, seronok, kalau orang kaya jutawan beri sedekah wang kepadanya. Begitulah halnya dengan sedekah senyuman, kita pasti akan gembira dan ceria kalau ramai yang senyum kepada kita kan. Tak kiralah apa bangsa, agama, warna kulit, bahasa sekalipun, manusia akan rasa seronok, rasa seolah dihargai, rasa seperti dihormati apabila diberi ‘hadiah senyuman’.

comelnya senyum

Bila namanya bersedekah, pasti ada pahalanya. Takkan kita nak bermasam muka lagi, senyumlah, akan dapatlah ganjaran tersebut di sisi Allah.

Tapi kalau senyum-senyum nak mengorat tu saudara, aku tak tau la apa makna tersirat tu (aik! macam pernah buat jer). Yang penting saudara, kita ikhlas untuk jaga hubungan sesama manusia ini sebaik mungkin. Biar orang lain rasa senang dan tenang bila berkawan dan bergaul dengan kita. Ada juga yang menyatakan senyum ini awet muda. Yang ini perlu ada bukti kajianlah. Tetapi, hakikatnya senyum ini bukanlah sesuatu yang menyakitkantetapi sebenarnya sesuatu penawar.

smile

Oleh itu, ayuh saudara kita jadikan senyum ini sebagai satu agenda perubahan dalam hidup kita. Kalau sebelum ini kita sering masam mencuka setiap pagi, apa kata selepas ini kita mulakan harapan baru di hari baru dengan senyuman. Tak rugilah kalau kita ini pemurah dalam memberi senyuman (jangan over dah ler). Apatah lagi kalau di’amali’kannya dalam hubungan kekeluargaan, sudah pasti keluarga kita akan lebih mesra dan bahagia,InsyaAllah. Dalam duduk syok senyum tu saudara, jangan terlepas pula kefardhuan kita di pagi hari. Tunaikan lah solat SUBUH tu dan luangkanlah sedikit masa untuk membaca Al-Quran. Dengan izin Allah, kalau beginilah permulaan harinya, pasti tenang dan cerialah hidup kita sebagai MUSLIM sepanjang hari. Cubalah…

funny-pictures-tiger-has-a-killer-smile

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam