Lama sangat dah tak update blog ni...


saya memohon maaf sebanyaknya, kerana dah lama sangat tak update entri baru untuk blog ni. Last update waktu bila pon saya lupa, lepas tu senyap. Maafla kepada semua kawan-kawan dan pengunjung yang datang ke blog saya ni..

Pernah rasa kekeringan idea untuk menulis? Itulah yang terjadi kepada saya selama mana tak update blog ni.terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog ni. Terima kasih diucapkan... Insyaallah saya akan terus mencuba menulis selama mana di blog ini untuk tatapan semua..

Memang tabikla dengan sesiapa yang selalu update entri baru setiap hari, sebab tulah beliau berjaya dan terkenal dalam dunia blogger ni. Bagi penulis lah, tak tahulah orang lain macam mana. Mungkin ada blogger yang lebih lagi dari beliau tetapi apa pun bagi penulis, beliau adalah sebagai contoh terbaik untuk diikuti..

satu lagi faktor yang buat saya nak update blog ni balik sebab ada orang tanya (buah hati ) kenapa dah lama tak update blog..??dengan kekangan masa lagi..lagi yang menyebabkan saya semangat dia nak kongsi blogger bersama sy..huhu

lepas ini bukan saya saja yang akan berkongsi entri bersama anda semua..secara tidak langsung dia juga akan turut sama untuk kita kongsi bersama..harap kepada sesiap yang menjengah di blog sy ni..terima kasih saya ucapkan..so secara rasminya blog ini akan berkongsi bersama (nursyahirah binti abdul hakem)..harap awak juga dapat kongsi entri yang menarik disini..ramai pembaca diluar sana ingin melihat..:)

terima kasih semua..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kad raye untuk anda semua..:)


Di sini saye MOHAMAD HILMEE BAKRI atau pon yang mengenali name sye...pemilik pofile ni...dalam SEDAR atau TIDAK SEDAR pernah menyakitkan Hati atau melukakan hati sesape dalam ni dengan bahasa atau KATA-KATA yang kesat secara TIDAK SENGAJA atau DENGAN SENGAJA...dengan rasa BERSALAH dan dengan IKLASNYE melapangkan dada menghulurkan tangan MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. 




















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

MAAFKAN AKU YA ALLAH


Ku panjangkan rasa keinsafan agar diri dapat terus bertahan,
Ampuni aku Ya Allah,
kerana dalam jagaku masih,
aku menghitung rasa salahku,
bagaikan rasa syukur atas kurniaMu kuabaikan,
namun,
aku tahu Kau amat memahami,
bagaimana gelodak rasa diriku tika ini,
hanya padaMu kuserahkan,
jiwaku; diriku
Kautunjukkan aku Ya Allah,
hikmahMu yang pasti tidak mampu kuterokai!!..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ramadhan Datang Lagi....



Assalammualaikum...

Pejam celik, pejam celik tup tup dah nak berpuasa dan semula.  Seronoknya tak terhingga bukan sebab nak raya tu..tetapi di sebabkan ketibaan Ramadhan yang sentiasa di nantikan pada setiap tahun.

Rindu pada zaman kecik-kecik dulu masih terasa dan teringat-ingat tak kiralah ketika sembahyang bertarawikh dan ketika semua ibu-ibu sibuk membuat persiapan berbuka di dapur kita pun sama sibuk ..asyik tengok TV tunggu sampai iklan buah tamarlah, air yeoslah, air cincaulah keluar dan pengkakhiran mengaji sekejap sebelum waktu mahrib masuk dan berbuka...sekarang pun masih lagi tertunggu-tunggu jugak bila dah besar ni. Tambahan dengan melihat keletah anak-anak yang semakin membesar dan mengamatkan suasana rumah ketika hendak berbuka memang mengujakan.

Kalau dulu-dulu time saya kecik takdelah nak berebut-rebut sangat makanan sebab saya yang paling kecik dalam keluarga  adik beradik pown dah ada lapan orang. saya dan yang laen, tapi kini bila mempunyai ahli keluarga yang bertambah dah berkahwin dengan anak-anak disekeliling, kemeriahan mememag cukup-cukup dirasakan...Hepi sebenarnya sebab tahun ni saya dapat berpuase dengan keluarga..sbb sebelom ni first day pause mesti berpuase di merlimau..x dapat nak balik..dah nak dekat raye baru dapat balik..

Nak cerita pasal persiapan raya tu agak melampaulah lagi sebab puasa pun belum start ..tapi insyaallah di lain entri akan saya titipkan semula cerita-serita menarik ketika ramadhan dan persiapan raya yek.

Kepada semua rakan-rakan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kebaikan di bulan yang mulia ini. Tak lama lagi....hujung minggu ni kita semua akan berpuasa.jangan x puase ye semua..termasuk diri saya sendiri..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tabah Menghadapi Dugaan



Assalamualaikum...

maaf sebab lama tidak berutusan di sini, semuanya kerana kesibukan dan keputusan idea untuk menulis. ini pun menulis sebab tengah kusut dengan keadaan sekarang..ape2 pon mie kne tabah.. hehehe...:)


Baru2 masuk sem ni memang banyak masalah yang mendatang..mie pon tengah kusut dengan masalah sendiri..lagi2 masalah kewangan kan..mie mengharap sangat dapat la duduk dalam..sedihnya klu x dapat..dah usaha dah ni..tp dalam kita keadaan mcm ni jangan la lupe pada yang maha pencipta kita (ALLAH)..kat sini mie nk kongsi dengan anda semua TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG..dalam mase yang same mie ingatkan diri mie jugak..:)


1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 

2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 

3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.
Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 

4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.
Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. Amin

wassalam..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

gagal sekali x beerti gagal selamanya


assalamualaikum..
cakap pasal gagal semua orang pasti merasai kegagalan kan..
tak kira lah dalam apa jua situasi..tapi gagal sekali tak bermakna gagal selamanyakan..
sebab kegagalan itulah kita cuba untuk memperbaiki gegagalan tu kan..
tapi ari ni mie rase down sangat sebab mie punya proposal kene reject..
penat jugak lah buat kan..tp kene rejectnya x sampai satu minit pown nak sebut perkataan tu..:(
mie dah tak taulah nak buat ape sekarang ni..mie dah tak de idea dah sekarang ni..ad kew sape2 yang
sudi tolong mie untung fikir ape yang nk buat..??
mie harap2 idea 2 datang untuk buat projek baru..mie akan cube..klu nak berjaya mestilah kene cube kan..
kalau setakat berdoa tapi kalu kita tak usaha tak guna gak kan..:)..
ya allah kau tolanglah hambamu..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

pandangan mata hati

 

Pandangan mata selalu menipu 
Pandangan akal selalu tersalah 
Pandangan nafsu selalu melulu 
Pandangan hati itu yang hakiki 
Kalau hati itu bersih <3

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Dalam hidup kita akan sentiasa menempuhi musibah/masalah. Jikalau kita melihat dengan pandangan mata hati, kita akan menemui kekuatan dengan izin Allah. Ujian itu sebenarnya jentikan daripada Allah untuk lebih baik dari sebelumnya.

Apabila melihat dengan pandangan mata hati, apabila berdepan dengan kesusahan kita boleh menghadapinya dengan tenang. Pandangan dengan mata akal atau pandangan nafsu, ianya akan meletihkan kita.

Hati yang bersih ia akan menceriakan/memancarkan deria kita. 

Hati yang bersih, akan jauh dari dosa, dari sifat mazmumah. Jikalau hati peringkat mati, berlakulah penzinaan dan lain-lain.

Apabila biasa dengan dosa, ianya tidak akan rasa apa-apa. 

Hidupkan hati dengan zikrullah, ingat mati.

Kita tidak baik, tapi kita berusaha untuk menjadi baik. :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

ibu


Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku..

ibu..
kenapa segala kesusahan ibu x pernah ibu ceritakan..
ibu simpan jek sorang-sorang..
kenapa ibu..saya tau ibu tak nak susahkan anak ibu ni..tapi ibu..
anak ibu ni lagi susah hati kalau tahu ibu sakit..
janganlah macam ni ibu..
tolonglah bagitau anak ibu ni kalau ibu sakit..
ibu ana ibu ni lama dah ta jumpe ibu kan..
even 20/03/2012 ni tarikh lahir ibu..
tapi ibu still tak bagi anak ibu ni balik.. 
eyelah anak ibu ni tau nanti 25 baru ibu suruh balik kan sebab ibu nak buat aqiqah..
ibu tak nak susahkn anak ibu ni kan untuk ulang alik..tapi anak ibu ni lagi susah hati kalau tau ibu sakit..
ibu jangan lupa jage kesihatan ea ibu..jangan lupa makan ubat..anak ibu ni sentiase doakan ibu..ibu pon jangan lupa doakan anak ibu ni ea..ibu jangan risau..anak ibu ni nanti akan jage ibu..biarlah ibu orang nak cakap ape kat kita..yang penting ibu bagi makan kat anak2 ibu,ibu tak pernah pinjam duit orang lain..ibu usaha dengan tulang 4 kerat ibu sendiri..anak ibu ni bersyukur sangat..allah 2 maha kuasa..bila2 masa jek die boleh tunjuk pada hambanya kan ibu..anak ibu ni cyunk sangat kat ibu..dan rindu yang teramat cangat kat ibu..anak ibu ni dah tak boleh tahan sangat ni ibu..anak ibu ni rase sebak sangat..anak ibu ni perlukan dakapan ibu sekarang ini..
terima kasih ibu.. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam