Cari Teman sebagai cermin…….


Kita perlukan cermin hidup melihat wajah kita, 
melihat siapa kita, 
untuk menilai siapa kita. 
Cermin hidup adalah insan yang kita yakin, 
yang boleh memberikan jawapan 
atau
 gambaran siapa kita, 
apa kita,
 dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar.
 Kalau kita mempunyai parut di muka, 
cermin mati akan menunjukkan kita ada parut itu, 
tetapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah cantik atau kacak,
 bolehkah cermin mati beritahu kita? 
Mesti tidak kan.
Sebab itu kita perlukan cermin hidup, 
seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai 
dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.
Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri,
 tanpa ragu-ragu,
 tanpa takut-takut, 
tanpa was-was,
 bahawa kita akan menolak dia.
 Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat
 jujur, baik, tetapi tidak begitu rapat dengan kita, 
namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.
Tetapi mampukah kita mendapatkan watak sebegini?
Inilah watak cermin hati kita,
 cermin yang boleh bercakap dan 
tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita 
tetapi memberitahu kita jauh daripada itu.
 Cermin hidup ini akan memberitahu kita siap sebenarnya kita. 
Cermin hidup boleh membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

”carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak;
 jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak”.

Fikir-fikirkanlah…..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kisah Nabi Musa a.s

Nabi Musa 
adalah satu-satunya Nabi 
yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. 
Setiap kali dia hendak bermunajat,
 Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
 Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. 
Nabi Musa sering bertanya 
dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga.
 Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. 
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"
. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, 
kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan,
 Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
 terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. 
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan 
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
 beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. 
Setelah memberi salam 
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. 
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. 
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. 
Sebentar kemudian dia keluar 
sambil membawa seekor babi betina yang besar.
 Babi itu didukungnya dengan cermat.
 Nabi Musa terkejut melihatnya. 
"Apa hal ini?,
 kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
 Setelah itu babi itu dilap sampai kering
 serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. 
Tidak lama kemudian 
dia keluar sekali lagi dengan membawa pula 
seekor babi jantan yang lebih besar
 Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
 Kemudian dilap hingga kering 
dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
 Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
 Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
 "Wahai saudara! Apa agama kamu?".
 "Aku agama Tauhid", 
jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
 "Habis, mengapa kamu membela babi? 
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba",kata pemuda itu.
 "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku.
 Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
 Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka 
menjadi babi yang hodoh rupanya.
 Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain.
 Itu urusannya dengan Allah s.w.t..
 Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
 Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku 
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
 Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,
 aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t.
 agar mereka diampunkan.
 Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka
 menjadi manusia yang sebenar, 
tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.",
 tambah pemuda itu lagi.
 Maka ketika itu juga Allah s.w.t.
 menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, 
hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. 
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. 
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud :
 "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami,
 maka Kami angkat doanya.
 Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka 
telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 
Itulah berkat anak yang soleh.
 Doa anak yang soleh 
dapat menebus dosa ibubapa 
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
 Ini juga hendaklah dengan 
syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
 Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
 Mudah-mudahan ibubapa kita 
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa
 kita itu bukan urusan kita, 
urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang 
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. 
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan,
 itu juga bukan urusan kita,
 urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t.
 supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t.
 Doa anak yang soleh akan membantu 
kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, 
inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya 
bukan melalui hantaran wang ringgit, 
tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya 
ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya 
mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hari yang berliku..

assalamualaikum........sungguh payah utk mengharungi liku2 kehidupan..tiap hari..tiap jam..tiap minit..tiap saat..tipa detik mempunyai mslh..x tau pe yg harus dilakukn..sungguh membuntukan..adkh ini dudaan yg diberikn padaku??klu ini dugaan yg diberik pdku..aq kerima dgn atie yg terbuka..aq percaya ad hikmah disebalik ni sume..cume cepat atau lambat aje..so kt knelh sabo utk mendapat kejayaan..tp aq juga manusia..bolehkh aq laukn sume ni..hanya allh saja yg boleh membantu hambanya..tp walau pe pown yg terjadi kt kne ceria..perjalanan hidop msh panjang tok ditempuhi..klu mslh kecik pown kt x leh hadapi..apakn lg dgn mslh besar yg menimpa..so bersabarlh walau sebesar mana pown dugaan yg diberikn..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam