gagal sekali x beerti gagal selamanya


assalamualaikum..
cakap pasal gagal semua orang pasti merasai kegagalan kan..
tak kira lah dalam apa jua situasi..tapi gagal sekali tak bermakna gagal selamanyakan..
sebab kegagalan itulah kita cuba untuk memperbaiki gegagalan tu kan..
tapi ari ni mie rase down sangat sebab mie punya proposal kene reject..
penat jugak lah buat kan..tp kene rejectnya x sampai satu minit pown nak sebut perkataan tu..:(
mie dah tak taulah nak buat ape sekarang ni..mie dah tak de idea dah sekarang ni..ad kew sape2 yang
sudi tolong mie untung fikir ape yang nk buat..??
mie harap2 idea 2 datang untuk buat projek baru..mie akan cube..klu nak berjaya mestilah kene cube kan..
kalau setakat berdoa tapi kalu kita tak usaha tak guna gak kan..:)..
ya allah kau tolanglah hambamu..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

pandangan mata hati

 

Pandangan mata selalu menipu 
Pandangan akal selalu tersalah 
Pandangan nafsu selalu melulu 
Pandangan hati itu yang hakiki 
Kalau hati itu bersih <3

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Dalam hidup kita akan sentiasa menempuhi musibah/masalah. Jikalau kita melihat dengan pandangan mata hati, kita akan menemui kekuatan dengan izin Allah. Ujian itu sebenarnya jentikan daripada Allah untuk lebih baik dari sebelumnya.

Apabila melihat dengan pandangan mata hati, apabila berdepan dengan kesusahan kita boleh menghadapinya dengan tenang. Pandangan dengan mata akal atau pandangan nafsu, ianya akan meletihkan kita.

Hati yang bersih ia akan menceriakan/memancarkan deria kita. 

Hati yang bersih, akan jauh dari dosa, dari sifat mazmumah. Jikalau hati peringkat mati, berlakulah penzinaan dan lain-lain.

Apabila biasa dengan dosa, ianya tidak akan rasa apa-apa. 

Hidupkan hati dengan zikrullah, ingat mati.

Kita tidak baik, tapi kita berusaha untuk menjadi baik. :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

ibu


Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku..

ibu..
kenapa segala kesusahan ibu x pernah ibu ceritakan..
ibu simpan jek sorang-sorang..
kenapa ibu..saya tau ibu tak nak susahkan anak ibu ni..tapi ibu..
anak ibu ni lagi susah hati kalau tahu ibu sakit..
janganlah macam ni ibu..
tolonglah bagitau anak ibu ni kalau ibu sakit..
ibu ana ibu ni lama dah ta jumpe ibu kan..
even 20/03/2012 ni tarikh lahir ibu..
tapi ibu still tak bagi anak ibu ni balik.. 
eyelah anak ibu ni tau nanti 25 baru ibu suruh balik kan sebab ibu nak buat aqiqah..
ibu tak nak susahkn anak ibu ni kan untuk ulang alik..tapi anak ibu ni lagi susah hati kalau tau ibu sakit..
ibu jangan lupa jage kesihatan ea ibu..jangan lupa makan ubat..anak ibu ni sentiase doakan ibu..ibu pon jangan lupa doakan anak ibu ni ea..ibu jangan risau..anak ibu ni nanti akan jage ibu..biarlah ibu orang nak cakap ape kat kita..yang penting ibu bagi makan kat anak2 ibu,ibu tak pernah pinjam duit orang lain..ibu usaha dengan tulang 4 kerat ibu sendiri..anak ibu ni bersyukur sangat..allah 2 maha kuasa..bila2 masa jek die boleh tunjuk pada hambanya kan ibu..anak ibu ni cyunk sangat kat ibu..dan rindu yang teramat cangat kat ibu..anak ibu ni dah tak boleh tahan sangat ni ibu..anak ibu ni rase sebak sangat..anak ibu ni perlukan dakapan ibu sekarang ini..
terima kasih ibu.. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam