Cari Teman sebagai cermin…….


Kita perlukan cermin hidup melihat wajah kita, 
melihat siapa kita, 
untuk menilai siapa kita. 
Cermin hidup adalah insan yang kita yakin, 
yang boleh memberikan jawapan 
atau
 gambaran siapa kita, 
apa kita,
 dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar.
 Kalau kita mempunyai parut di muka, 
cermin mati akan menunjukkan kita ada parut itu, 
tetapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah cantik atau kacak,
 bolehkah cermin mati beritahu kita? 
Mesti tidak kan.
Sebab itu kita perlukan cermin hidup, 
seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai 
dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.
Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri,
 tanpa ragu-ragu,
 tanpa takut-takut, 
tanpa was-was,
 bahawa kita akan menolak dia.
 Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat
 jujur, baik, tetapi tidak begitu rapat dengan kita, 
namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.
Tetapi mampukah kita mendapatkan watak sebegini?
Inilah watak cermin hati kita,
 cermin yang boleh bercakap dan 
tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita 
tetapi memberitahu kita jauh daripada itu.
 Cermin hidup ini akan memberitahu kita siap sebenarnya kita. 
Cermin hidup boleh membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

”carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak;
 jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak”.

Fikir-fikirkanlah…..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam