Cari Teman sebagai cermin…….


Cari teman sebagai cermin…….

Kita perlukan cermin hidup melihat wajah kita, melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakin, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita, dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita mempunyai parut di muka, cermin mati akan menunjukkan kita ada parut itu, tetapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah cantik atau kacak, bolehkah cermin mati beritahu kita? Mesti tidak kan.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was, bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik, tetapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Tetapi mampukah kita mendapatkan watak sebegini?

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita tetapi memberitahu kita jauh daripada itu. Cermin hidup ini akan memberitahu kita siap sebenarnya kita. Cermin hidup boleh membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

”carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak; jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak”.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

  1. Обнаженные- проститутки Нижний Новгород сормовский район PrivatNNover Sebab itu kita perlukan cermin hidup, seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.
    Красивые проститутки. Я, молода, красива и умна, приглашаю в гости в свои уютные апартаменты мужчину на чашечку чая с волшебным продолжением! Приезжайте и не пожалеете! Фотографии точно мои! Мой муж гений! Он умеет делать абсолютно все, кроме денег. - (жена А. Эйнштейна о нем)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam