Kalaulah Awak Tahu....

Kalaulah Awak Tahu....





Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.





Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
tetapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat sahaja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah,
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.




Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang.....
tetapi, dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang kala dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan jarang mengatakan "I LOVE YOU",
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan kata dia merindui kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, 
percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tetapi dia mahu melihat 
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andainya lelaki tahu....
Apabila seorang perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!",
dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah,
dia akan mencari kamu semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu.
Perempuan sukar mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tetapi,
dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan diri anda.


Andainya lelaki tahu....
Sememangnya Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi,
sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah SWT indah sekali.
Di sebalik airmatanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan serang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
tetapi, 
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi,
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu,
kerana,
dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja,
tetapi,
dia juga ada kekuatan untuk menyokong kamu,
dan
membuatkan hidup kamu lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya,
isteri yang solehah untuk kamu
dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Saya berharap sangat agar awak tahu......
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

 
copyright © 2013 to Hilmee Bakri | design by mimin Adam